29 May 2009

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu-Pasar Philipin


Kebanyakan pelancong yg datang kat negeri ni yang datang dari luar negara maupun dalan negara sendiri pon sure akan rasa kene datang ke Pasar Kraftangan ni, tak lengkap kalau mereka tak datang.kat sini banyak dijual mutiara2 dari laut air masin dan air tawar dan ianya sangat murah!!..lagipun cantik2 belaka ..aku sendiri ske beli gelang .. aku ske beli gelang2 magnet, n gelang2 biasa berasaskan pearls..

Monday baru2 ni aku temankan my adik cari gelang mutiara kat Pasar kraftangan ni, kawan dier kat kl yang meminta tolong adik aku carikan gelang pearls untuk mak dia, lebih kurang 1/2 jam kami berada disana semata2 nak memilih gelang yang seperti mak kawan dia ni mahukan.

About Pasar Kraftangan KK
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.

LOKASI
Untuk ke pasar kraftangan ini sebenarnya amat mudah. Ia hanya beberapa minit sahaja dari Centre Point Sabah(CPS) yang merupakan pusat membeli belah yang terkenal di bandaraya Kota Kinabalu(KK).Sekiranya anda menginap di hotel sekitar bandaraya seperti Promenade, Beverly, Berjaya Palace, Jesselton, Hyatt, Shangrila Tanjung Aru , Magellan atau Pacific Sutera, biasanya perkhidmatan bas perantara disediakan yang akan membawa anda bersiar-siar di sekitar bandaraya. Bagi anda yang menginap di Le Meridien, pasar kraftangan ini terletak di seberang jalan sahaja. Peta ringkas di bawah ini menunjukkan kedudukan pasar kraftangan di bandaraya KK.


dan sini aku share sikit beberapa photo yang sempat aku snap masa membeli kat pasar kraftangan ni.


ni gelang pilihan aku black pearls ..

ni anata yang popular gak..ramai org pakai utk rantai subang dan cincin pon ada


ni gelang paling popular la selalu mak2 ja yang beli or wanita berumur 40 + gitu.



rm 68.00 satu






No comments:

Popular Posts